Thursday, May 6, 2021

 Ramadhan 26

Lama berhabuk blog ini

Tertrigger oleh seorang kawan untuk menulis semula

Moga ada manfaat untuk yang membaca ...


Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, March 4, 2014

Belajar dari Aden

Dia seorang manusia
Aku tidak pernah mengenalinya
Hanya setelah kematiannya, baru aku mengenalinya
Aku sendiri tidak mengetahui
Rasanya kisah hidupku dekat sekali
Tertuatama lagu2 gubahannya
Dan setiap kali melihat video yang menceritakan dirinya
Air mata pasti mengalir
Mungkin dia arwah bukanlah sosok peribadi daei yang hebat
Tp aku yakin ada sesuatu dalam dirinya y menyebabkan orang2  sekelilingnya dan aku sendiri terksesan dengan kematiannya
Sepertimana kematian arwah iman, arwah ammar dan arwah mumtazah
begitu juga, kematian..
Aden, edcoustic
Lagu2nye terus masuk dalam hatiku
Dan aku telah membuat kerja gila
Membaca hampir 60% blognye satu hari
Hanya utk mengenali sosok penyanyi itu
Gila kan
Aku xtau ape tarbiyah allah padaku
Cuma aku suka tagline edcoustic
“Inspiring people”
Dan aku juga tersedar akan sesuatu
Dalam mengenali sosok itu,
“Setiap perlu ada kraftnye tersendiri supaya ia bisa inspiring people”
Dan aku rasa ini kraft ku,
Menulis
Namun pasti ia tidak akan mengambil masaku
Kerana prioritiku tetap pada membina manusia..



Tuesday, February 25, 2014

Aku yang dahulu

Assalamualaikum

Allahu
Allahu

Saat tergerak untuk membaca semula bait2 kata di dalam blog ini
Diri ini terkejut
Allah
Lamanya aku tidak berperasaan seperti itu
Perasaan yg mengalir
Perasaan yg membasahkan

Akukah yg mengeraskan hati
Akukakh yg cuba utk berdalih

Aku lupa Ya Allah
bahawa aku pernah berperasaan seperti itu

Ampunkan diri ini ya Allah

*Sedih*

Sunday, November 4, 2012

Untuk kamu


Assalamualaikum w.r.b
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Sungguh, nikmat tuhanmu yang mana kamu dustakan?
Memang, tiada daya upaya melainkan Allah
Nikmat mujahadah untuk melawan amarah, untuk bersabar, untuk senriasa tersenyum, untuk sentiasa ikhlas hanya untuk Allah,,ia bukanlah sesuatu yg mudah.
Its hard, sangat,,,

Tapi andai di saat hati kita di uji dengan keihlasan,
diuji dengan mahu berperibadi mulia seperti Rasullullah,
*Pejamkan mata
*Bisik ke dalam diri
*"Allah,andai ini ujian untukku, bagi aku kekuatan untuk hadapi. Aku hanya buat ini kerana Kamu, Ya Allahhu Qawiy"

Susah???
Mestilah…
Sebab, kita manusia
Konon2 ada prinsip sendiri,
Konon2 penat n dah banyak buat "kerja"
Cuba list balik, kerja apa yang dah wat
N cuba compare, kawan yg memang tengah pulun wat "kerja"
list siapa paling panjang
Sudahlah…
berhentilah merungut

Teruskan berfikir, buat "kerja dengan IHSAN"
dengan "TERBAIK"
ia memang penat
x dinafikan
tp, kalau kita pujuk hati kita . kita buat kerana Allah
InsyaAllah satu perasaan yg sukar digambarkan akan rasa meresap ke dalam jiwa
InsyaAllah
dan itu adalah ketenangan dan keyakinan dari Allah untuk kita
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui

Dan pos ini sebenarnya untuk awak,,
awak,,
awaklaa…
yang dilahirkan pada 3 Nov 1992
Haaa,,

Awak,,
Sanah Helwah
Kali ni, kali ke 3
Akak wish besday awak
J

Terima kasih Allah kerana menemukan kami
Penuh cabaran pada awalnya
hehe
tapi alhamdulillah,
its become better n better n better
insyaAllah..forever

Dan awak,,,,
Sharing di atas juga untuk awak,
Untuk berada di jalan ini,
Untuk terus berada di jalan ini,
Untuk kekal di jalan ini

Pasti,, pasti,,,
Akan di uji
Dengan keikhlasan,
dengan keredhaan terhadap Dia,
dengan ketenagan jiwa,
pasti
segala-galanya
akan.diuji
tapi awak,
(akak rasa bukanlah layak untuk berkata2 tentang ini
tapi akak tetap mahu berkongsi dengan awak)

Andai ada, ujian melanda,
andai ada ribut yang menggetarkan jiwa
andai ada luka tertoreh
betulkan balik niatmu
ikhlaskan semula hatimu
andai saat itu juga perlu menangis,
menangislah sayangku,
keran itu bukti mujahahmu,
jangan malu untuk mengeluarkan airmata,

ia bukan tanda lemahnya kamu,
bukan juga tanda mengadanya kamu
hanya kamu saja yang mengetahui kenapa airmata itu mengalir
hanya kamu dan DIa,
cukuplah,, cukuplah kamu berdua dengan Dia
Selepas itu, insyaAllah kamu akan tenang,
tenang kerana mujahadahmu,
kerana air matamu, hanya untuk Dia

Kamu yang sangat akak sayangi,,
Sama-sama kita mendoakan,
agar Allah jumpakan kita di perhentian terakhir, iaitu syurga itu nanti
sesuatu yang sangat sukar
tapi ia tidak mustahil
andai kita terus berada di jalan ini

kamu,
teruskan,, teruskan,, teruskan peruangan kamu di bumi itu
bumi yang memerlukan kamu untuk membasahinya dengan sentuhan seorang murobii
sentuhan dakwah dan tarbiyah
andai ada orang cakap mustahil
maka kamulah kena buktikan
ia adalah tidak mustahil
andai segalanya di pohon kekuatan dari Allah
andai segala keputusan di sandarkan pada ALlah
Allah mampu menjadikan sesuatu yang mustahil pada kita seorang manusia, kepada sesuatu yang tidak mustahil
Keran segala Kuasa, segala Kekuatan,segala Kejadian semuanya dari Dia

Awak,,
kalau nak menulis,,
panjang lagi ni,
sangat rindu untuk berbual-bual dengan awak
hanya kita,
rindu.sangat.
terlalu banyak yang mahu di ceritakan
yang mahu di kongsikan

tapi itu mcm xtahu bilanya
mungkin, bila kita dah mati nanti
dan Allah masukkan ke dalam  syurga, insyaAllah
saat itu, kita boleh berbual-bual panjang
kan,,subhanallah
boleh juga pergi melawat umar, abu bakr dan paling penting rasulullah
dan paling teringin kita jumpa Allah sama2…
allahu,,
awak nak kan??
akak pun nak????
tp sebelum tu kita kena fight habis-habisan di bumu ini
bumi sekadar persinggahan
awak,,
terus kuat ya
akwa, kuat
hanya awak tahu betapa kuatnya awak
dan kekuatan awak tu datangnya dari Yang Maha Kuat
doakan akak kuat macam awak juga k, sayang J

Okla,,
akak nak stop
Moga Allah temukan hati kita dalam doa rabithah
(jom baca doa rabitah, n awak bayangkn muka akak :p and yang lain, n I do the same)


Sanah helwah ukhti, uhibbuki fillah jiddan <3


Tuesday, September 18, 2012


melepaskan mereka pergi
ada rasa sebak
sangat ada
saat perpisahan di @Klia
tiada emosi yg mampu di zahirkn
hari ini,
perasaan yg amat merindukan mereka
sangat
T_T
air matatetiba mengalir
kenapa mesti ada perasaan ini
takut andai gugurnya air mata ini bukan kerana Dia
muhasabah diri.betulkan niat
kenapa perlu menangis?
kutemui jawapannya
aku merisaukan tarbiyah mereka disana
itu bukan bermakna aku merasakan mereka hebat ditangan aku
tidah .tidak sama sekali
aku tahu diri aku
aku tahu kemampuan aku
aku tahu aku terlalu banyak kekurangan
namun aku sedih kerana aku tidak mampu memberikan yang terbaik kerana kekurangan aku
aku risau mereka ke sana dan expectation yg tinggi sehingga mereka lelah
aku risau aku salah "menaikkan" mereka...
namun bukankah itu keputusan syura
dan bukan aku yg menaikkan mereka
tapi Allah
Ya ALlah bagi aku kekuatan
Bagi mereka kekuatan,,,
Aku risaukan mereka,,,
aku bimbangkan mereka
aku rindu dengan mereka
rindu ingin bergaduh
rindu bertelagah pendapat...
rindu segala2 memori bersama
Allah...
sampaikan salam sayang dan cinta dariku untuk mereka2 di sana

Kamu,
Kamu di US..
Kamu..
Kamu di Indonesia,
Kamuu..
Kamu di Galway..
Kamu.
Kamu di COrk,
Kamu.
Kamu di OZ to be
dan kamu,,
Kamu yang di Malaysia
kita dekat, tp akak rasa jauh
to be honest, bila bersama kamu, akak sentiasa rasa rendah diri
akak tahu akak xsehebat kakak2 yg pernah membina kamu
akak tahu,
akak x sehebat akak2 lain yg pernah memberi taujihat kepada kamu
tapi,
akak cuba
akak sentiasa cuba untuk bagi yg terbaik
dan kadang2 or mungkin selalu
akak terlepas kata
or tersalah tingkah laku
maaf.maaf dari akak
akak juga sedang perbaiki diri
doakan akak..
akak juga mahu menjadi sehebat akak2 yg hebat lain
akak mahu mencontohi rasulullah dalam akhlak dan dakwahnya
aku tau,,
akak bnyk kekurangan
maafkan akak...

sangat mengharapkan pertemuan selepas ini
sangat.mahu lihat kamu membesar dengan fikrah ISlam yang sepekat2nya
mahu kamu menjadi matang dengan usia tarbiyah dan perjalanan dnt yg sempurna sebolehnya
maafkan akak atas kelemahan akak
maaf...
doakan akak

moga andai tiada pertemuan lagi selepas ini
ketahuilah,,
memori bersama kamu, sentiasa tersimpan dihati
dan insyaAllah doa akak bersama kamu2

moga pertemuan seterusnya adalah di syurga nanti
yang kekal abadi!

kamu tahu, sangat penat utk memastikan diri sentiasa di jalan ini
sangat memerlukan mujahdah utk memastikan niat hny utk DIa
tp itulah mujahadah
kalau kita buat kerana Dia
pasti DIa akan beri kekuatan

Kamu, walau kita bukan lagi naqibah dan anak usrah,
akak nak kamu tahu
akak sentiasa ada di sini,
memerhati kamu dari jauh
dan akan menghulurkan bantuan sedaya termampu utk kamu
walau bila2 saja waktunya
insyaAllah

hanya kepada ALlah dan untuk Allah ~
@PTSL ukm T_T

Thursday, July 19, 2012

Ahlan WasahYa Ramdhan Kareem

Allah..Allah,,,Allah
Hanya ENgkau,
Hanya ENgkau di hati ini
Allah,,,Allah,,Allah
Aku tahu, ada tetamu yang akan datang
tetamu yang terlalu istimewa,
yang perlu di layani dengan sebaiknya
penuh keikhlasan
penuh perasaan
penuh rasa sayang
seolah-olah setiap masa mahu bersamanya
setiap detik mahu menyelami kelebihan
bukan aku saja,
malah semua muslim dilihat sangat bersemngat untuk menyambut tetamu ini

Namun diriku??
Ya,, aku mahu berjumpa kamu
Aku mahu melalui hari2 bersama kamu
Aku mahu menyelami hikmah di sebalik kedatangan kamu
Aku rindu.. rindu..
Rindu dengan rasa:
"Adakah aku sudah buat yang terbaik untukmu"
"Adakah aku berlumba-lumba untuk melayanimu"
"Rasa berdebar2 kerana tidak rela melepaskanmu dengan mneghitung hari pemergiannya"

Aku takut..
Takut sebenarnya
Adakah aku sudah benar2 bersedia utk menyambutmu
Rohaniku, jasmaniku
Sudahkah mereka bersedia

Allah,, Ya Allah...
Aku mahu agar ramdhan ini adalah ramadhan yang terbaik dalam hidupku
Pandu aku Ya Allah,
Berikan aku petunjuk atas apa yang akan berlaku kemudian nanti ya Allah

Astaghfirullah hal a'zim (3x)




mode: aku mahukan ramadhan ini adalah mutalaqku untuk sesuatu yang lebih bermakna dan berharga. InsyaAllAh...