Thursday, November 4, 2010

Sanah Helwah ukhti fillah

Sanah helwah adik-adiku
Tibanya tarikh kelahiranmu ini,
Maka bertambah hampir dirimu dengan Pencipta
Takut bukan?
Adakah amalan kita sudah cukup?
Adakah saham kita disana menggunung tinggi?
Sudah berbuku2 bukukah buku amalan di bahu kanan kita ditulis malaikat pencatit?
Subhanallah...
Adik-adikku
Ayuh kita bertafakur dan merenung sejenak
Saat kita dilahirkan, Bersekolah rendah..sekolah menengah...SPM...sekarang adik2 sibuk dengan IB
Pernahkah dirimu terfikir apa lagi lepas ini?
Fyl....Kerja...Kahwin...Ada anak...Ada cucu...
Pernahkah terlintas di benak fikiranmu adikku,
Itu semua hanyalah duniawi
Yang mesti dicapai untuk menggapai yang lebig tinggi iaitu ukhrawi itu sendiri
Adikku, ketahuilah tujuan penciptaan kita didunia ini hanyalah dua
Dua adikku
Angkanya kecilkan
Tapi untuk memikul bebannya amatlah besar
Apakah yang dua itu adikku?
Pastinya sebagai khlaifa dan ibadah
Adikku
Sesungguhnya jika bukan kita meneruskan perjuangan Rasulullah ini siapa lagi
Siapa lagi
Kita sudah disentuh dengan sinar tarbiyah
Kita mengenal usrah,daurah,jaulah ,rehlah
Kita hadiri ISK, IPK,SH
untuk apa semua itu?
Ia untuk kita sedar pentingnya tanggungjawab yang dua itu
Adikku,
Akak yakin kamu kuat
Kerana apa
Kerana setiap muslim itu ada Allah untuk dia mengadu
Setiap muslim itu ada Allah untuk dia meminta kekuatan
Setiap muslim itu ada Allah untuk dia berserah

Allah sayang kita adik-adikku

Wednesday, November 3, 2010

Aku cinta mereka

Semalam aku sitting lagi bersama mereka
Melihat wajah mereka
Aku rasa gembira
Mereka begitu naïf
Mereka begitu inginkan sesuatu
Ya Allah sesungguhnya aku sayang mereka
Setiap kali aku berjumpa mereka setiap kali itu aku memerhatikan mereka
Alhamdulillah ukhwah antara mereka sudah terjalin
Thank You Allah kerana memberi mereka merasai manisnya ukhwah itu
Ya Allah aku pohon padaMu
Aku sujud padaMu,
Aku rayu padaMu,
Berilah mereka kefahaman
Berikanlah mereka kekuatan
Untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan ibadah itu Ya Allah
Kerana aku mahu kami sama-sama berpimpinan tangan disyurga
Aku terlalu saying mereka Ya Allah
Ya Allah,
Tetapkanlah rasa sayang ini adalah sayang keranaMu
Bukan sayang yang biasa-biasa
Bukan sayang seorang kawan kepada kawannya
Bukan sayang kakak kepada adiknya
Bukan sayang saudara kepada saudaranya
Tapi Ya Allah,
Biarlah sayang ini kerana sayangnya seorang muslim kepada muslim yang lain
Sayang seorang akhwat kepada akhwat yang lain
Kerana jika sayang itu kerana Allah
Pasti ia berkekalan Ya Allah
Allah,
Hanya Engkau tahu gelodak hati ini
Betapa aku sayang mereka