Wednesday, December 28, 2011

Kerana aku perlu Dia

Aku juga manusia 
Punya perasaan,
Punya hati,
Namun aku tahu,
Jika sesuatu berlaku,
Segalanya dari Dia
Dan kembalilah kepada Dia
Dan jika sesuatu berlaku,
Aku bertanya pada diriku
"Pasti kamu sudah melakukan sesuatu. Sebab itu Allah tegur kamu"
Hmmm, pantas insyaAllah hatiku tenang kembali

Andai aku penat di jalan ini
Aku berkata pada diriku
"Kamu buat ini kerana apa? Jika kerana Allah pasti kamu tidak rasa penat, harapkan balasan, mahukan perhatian..kerana...kamu terlalu rindukan janji2 Allah tentang syurgaNya dan cita-cita kamu untuk bertemu Dia"
Pantas aku akan merasa bersalah pada diri,
Andai aku ikhlas mengapa aku akan rasa begitu,
Namun aku punya jawapannya..
.... kerana aku juga manusia...
kerana itu aku perlukan Dia

Sunday, April 17, 2011

18 April 2011

18 April 2011
Setiap minggu, waktu yang paling aku tunggu-tunggu adalah ketika untuk bertemu dengan kesayanganku
Serius aku katakan,
Aku terlalu sayangkan mereka
Dan setiap kali perasaan sayang itu membuak-buak,
Aku takut,
Aku takut jika sayang aku kepada mereka bukan kerana Allah,
Namun Khamis lepas aku ada buat usrah di sebuat kolej menggantikan akhwat yang tidak boleh membuat usrahnya,
Alhamdulillah perasaan membawa liqo’ mereka adalah sama seperti mana aku membuat liqo’ kesayang-kesayanganku, (tapi pastinya rasa sayan gitu berbeza.Pastilah perasaan sayang kepada kesayanganku-kesayanganku  lebih …asif adik-adik..Sebab merekalah mutarabbi aku yang sebenarnya)
Alhamdulillah Allah bagi jawapan itu padaku
Subhanallah
Takutnya aku,
Minggu ni minggu yang kurang menyeronokkan bagiku
Di medanku, kami tidak boleh lagi masuk ke dalam tempat tersebut
Makanya usrah tidak boleh dilakukan di dalam lagi
Hanya di luar
Makanya juga, kesayangan-kesayanganku harus keluar untuk pergi usrah
Dakwah itu bukan mudah kan
Tarbiyah itu juga bukan mudah
Namun, aku sering kali berkata pada diri,
Andai kesayangan-kesayanganku sanggup keluar
Berjalan di tengah panas, bawa beg
Semata-mata untuk mendapatkan tarbiyah
Aku sebagai murobbi mereka?
Perlulah bersedia sehabis baik untuk mereka
Alangkah teruknya andai aku membawa liqo’mereka tanpa persediaan secukupnya
Subhanallah
Teruknya aku
Tapi apa yang aku buat?
Aku rasa hadaf aku untuk usrah kali ini tidak tercapai
Aku rasa kekok di hadapan mereka
Sedangkan kami hampir  setahun bersama
Mengapa ini terjadi???
Aku tidak pasti
Adakah aku yang tidak bersedia?
Mungkin…
Tapi aku buat persediaan itu
Aku tidak tahu,
Aku rasa kecewa,
Sedih melihat wajah mereka
Malu dengan mereka
Kecewa dengan diri sendiri
Ya Allah apa yang sudah aku lakukan
Sedih..sedih..sedih
Namun, aku teringat kata-kata Allah
“Jika Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang di bumi seluruhnya. Tetapi apakah kamu (hendak) memaksa manusia agar mereka menjadi orag beriman? Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak mengerti (Yunus:99-100)”

Ya..ayat ini bisa menenangkan perasaanku
Namu, ayat ini bukanlah boleh dijadikan alasan untuk diriku tidak berusaha sehabis baik sebelum memulakan liqo’
Kerana, andai kita sudah usaha, kita masih rasa tidak melakukan yang tebaik, pasti ada hikmahnya
Namun,jika kita tidak berusaha dan memang kita tidak dapat melakukan yang terbaik,
INGATLAH itu adalah peringatan dari Allah..

Wallahualam  

Tuesday, April 5, 2011

Ujian Allah itu tanda Dia melihat kita = ) jadi berbahagialah...:)

Hari ini saya sedih
Kenapa perlu bersedih?
Allah sedang uji saya
Allah uji saya mana saya perlu utamakan
Usrah sendiri atau usrah anak binaan
Ya! Saya tahu saya perlu utamakan usrah sendiri
Dan pastinya saya akan utamakan usrah sendiri
Tapi bila ada factor lain yang menyebabkan saya terpaksa memilih antara usrah sendiri dan usrah anak binaan
Dan factor ini bukanlah sebab naqibah atau usrahmates sendiri
Saya ralat
Patut ke saya abaikan janji yang saya buat dengan anak binaan saya
Allah, tarbiyah apa yang  sedang Engkau tunjukkan pada diri ini
Yang pasti saya tetap akan berfikiran positif atas apa yang terjadi
Kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami
Terima kasih Allah kerana memilihku untuk menerima tarbiyah ini
Ramai yang mengharapkan tarbiyah dariMu
Dan aku antara yang terpilih
Terima kasih Allah …

Tuesday, March 29, 2011

Apabila melihat kesayanganku bergerak

26-27 Mac 2011

"Adik-adik akak ada join x daurah adik-adik"
"A** dengan O*** angkat tangan kak. InsyaAllah diorang pergi"

Subhanallah..
Rasa mahu sahaja aku sujud di situ
Meraikan betapa aku bersyukur dengan kesanggupan mereka untuk menjadi kakak2 kepada adik-adik mereka nanti
Allahuakbar.. Hanya Engkau Ya Allah yang membukakan hati-hati mereka
Teringat dialogku dengan seorang akhwat beberapa bulan yang lepas

"Akak bestla, dapat tengok adik-adik akak handle program adik-adik mereka. Saya macam tidak berpeluang je. Adik-adik saya baru sahaj hendak bergerak. Ermmm.."

Alhamdulillah Allah dengar rintihan hato saya. Allah tunaikan permintaan saya.
Sangat gembira bila anak binaan kita bertanyakan

"Kak, saya jadi AJK masakan. Macam mana nak beli barang. Nanti akak bawakan ke atau kami pergi sendiri"
"Kak, ada lcd dengan speaker tak dekat R******. Saya nak book untuk program adik-adik boleh"

Ya Allah betapa waktu itu aku hanya mampu tersenyum lebar..senyum dan terus tersenyum
Andai mereka didepan aku waktu itu, pasti mereka pelik

"Kenapa dengan kak fara tu"  ...Huhuhu..mungkin itu yang mereka fikirkan

Adik-adikku sayang,
Ketahuilah itulah perasaan seorang murobbiah apabila melihat mutarabbinya sudah mula mahu bergerak.
Perasaan yang sukar digambarkan
Perasaan yang seperti mahu dikongsi dengan semua orang.
Betapa kamu sedang berusaha untuk menjadi seorang murobbi

Adik-adik sayang,
Andai adik-adik berada ditempat akak
Pasti adik-adik mengalami perkara yang sama
Lagi-lagi ini binaan pertama akak
Akak mengharapkan adik-adik terus tsabat di jalan ini
Banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk terus berada di jalan ini
Jangan mudah kecewa adikku
Kerana Allah pasti menimpakan dirimu dengan pelbagai ujian dan rintangan
Kerana hanya mereka yang benar-benar melakukan dakwah kerana Allah sahaja akan terus berada dijalan ini

Ketahuilah adikku,
Sudah tiba masanya untuk kamu melonjakkan dirimu
Untuk bergerak laju di jalan ini

Sudah tiba masa juga untuk kita berpisah
Dipisahkan oleh benua-benua
Akak harapkan hati-hati kita saling bertautan di setiap doa rabithah kita
InsyaAllah akak tetap akan mengingati antunna kerana Allah menghantar antunna untuk mentarbiyah akak.
Terlalu banyak yang akak belajar dari antunna
Terima kasih Allah
terima kasih adik-adikku sayang
Moga allah temukan kita lagi
Jika bukan di dunia, InsyaAllah di syurga nanti
Akak sayanggggggggg sangat adik-adik akak kerana Allah

Sunday, March 13, 2011

Akukah??

Hari ini,
Air mata ini tumpah lagi
Tumpah apabila membaca sharing akhwat di YG
Cemburu dengan mereka
Teramat cemburu
Bagaimana mereka ada semangat itu
Bagaimana mereka mampu sekuat itu
Bagaimana mereka ada ruhi itu
Bagaimana mereka boleh “rasa” perasaan itu
Ya Rabb,
Akukah yang terlalu lambat bergerak?
Akukah yang terlalu hitam hatinya
Akukah yang terlalu ….
Akukah
Allah, aku cemburu pada mereka yang bergerak laju di jalanMu

Hati,perasaan, dan fikiran saya penat~

Hati ini rasa pedih
Rasa sakit
Rasa mahu menangis
Rasa mahu merintih
Ingin ku keluarkan saja air mata ini
Tapi, jika ia bukan kerana Allah
Bukankah ia sia-sia
Aku tidak boleh jadi cengeng
Aku tidak boleh jadi lemah
Aku tidak boleh terlalu beremosi
Ramai lagi perlukan sentuhan tarbiya di luar sana
Andai aku begitu lemah di sini
Bukankah nanti aku akan dipersoalkan
Mengapa jadi begitu?
Allah, Ya rab
La tahzan diriku
Innallah hama ana
Kuat!!!Kuat!!Kuat!!

Mode:rindu adik-adik L

Thursday, March 10, 2011

Haikal - Mentari Hidup




Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Pertemuan I (6 Oktober 2011)

Petang itu
Aku berjumpa salah seorang kesayanganku
Setelah paginya aku menunaikan hak seorang akhwat menemaninya untuk berehlah bersama kesayangan2nya


Hujan lebat sepanjang perjalanan ke tempat mutarobbiku seolah-olah memahami isi hatiku
DIA telah melengkapkan rasa hati ini bersama-sama deru hujan sebagai muzik latarnya
Ya, aku gundah
Ya aku serba salah
Ya, aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan

Kedatangan aku untuk adalah untuk mengenali dirinya
Aku sedar aku kurang untuk bermuayasyah dengannya
Aku sedar aku jarang cuba duduk bersama dengannya dan berbicara tentang hatinya
Jika dalam usrah, aku juga sedar, dia bukanlah jenis yang meluahkan
Dia lebih suka untuk bersetuju
Lebih suka untuk mengiakan kata-kata adik-adik dan kakak-kakaknya

Aku merasakan ada halangan antara kami
Halangan itu membuatkan aku resah
Bagaimana aku ingin menunaikan hak tarbiyah dia
Jika halangan itu menghalang aku
Ya..alasan
Aku suka memberi alasan
Aku masih belum cukup bekerja keras
Masih belum ALL OUT
ALlah, layakkah aku digelar murobbi
Layakkah aku untuk mencapai status supermurobbi
Panjang sekali angan-anganku
Tapi usahanya hanya sedikit
Umpama sebutir pasir yang dilontar ke angkasaraya
Langsung tidak memberi kesan apa-apa .... 

Mereka-mereka yang mengenali kami pasti mengatakan kami adalah murobbi dan mutarabbi yang rapat
Penuh kasih sayang
Tapi, tahukah akhwat sekalian KAMI dekat TAPI hati kami JAUH
Akukah yang hanya merasakan itu
Atau dia juga merasakannya
Aku cuba untuk mengenalinya
Aku cuba untuk mendasari hatinya
Tapi segala-galanya berbalik kepada aku juga
Adakah aku benar-benar bersungguh membawa dia dan ahli keluarganya (baca:ahli usrah) yang lain kepadaNya
Adakah aku cukup persiapan sebelum mengadakan pertemuan-pertemuan dengan mereka
Adakah aku???
Adakah aku???
Peluang kali ini tidak akan aku lepaskan
Allah pandu aku, Allah bagi hidayah padaku, Allah bagi kekuatan padaku

Sewaktu rehlah tadi, aku berpeluang untuk berenang dan terapung
Subhanallah, Maha Suci Allah
Ketika aku mengapungkan diri dalam air
Kurasakan alam ini berhenti sejenak
Aku rasa tenang
Dan ketika itu, luncur laju dari hatiku mendoakan agar pertemuan kami petang nanti bisa menyelesaikan segala kekusutan
“Allah, bantu aku untuk mentarbiyah kesayangaku itu”
“Allah, bagi aku petunjuk dan ikatkanlah hati-hati kami dalam jalan dakwahMu”
“Allah, bagilah kekuatan pada kesayanganku itu”

Itu doaku
Doa seorang yang masih bertatih untuk menjadi seorang murobbi
Pastilah jauh untuk menjadi supermurobbi
Namun, aku akan tetap terus berusaha
Masih ramai diluar sana yang memerlukan sentuhan tarbiyah dariku
Aku yakin jika hati  ini bersih dan dihalakan hanya untuk Allah
Pasti Allah bagi kekuatan itu
Doakan aku

::: part 2 akan menyusul J