Sunday, November 4, 2012

Untuk kamu


Assalamualaikum w.r.b
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
Sungguh, nikmat tuhanmu yang mana kamu dustakan?
Memang, tiada daya upaya melainkan Allah
Nikmat mujahadah untuk melawan amarah, untuk bersabar, untuk senriasa tersenyum, untuk sentiasa ikhlas hanya untuk Allah,,ia bukanlah sesuatu yg mudah.
Its hard, sangat,,,

Tapi andai di saat hati kita di uji dengan keihlasan,
diuji dengan mahu berperibadi mulia seperti Rasullullah,
*Pejamkan mata
*Bisik ke dalam diri
*"Allah,andai ini ujian untukku, bagi aku kekuatan untuk hadapi. Aku hanya buat ini kerana Kamu, Ya Allahhu Qawiy"

Susah???
Mestilah…
Sebab, kita manusia
Konon2 ada prinsip sendiri,
Konon2 penat n dah banyak buat "kerja"
Cuba list balik, kerja apa yang dah wat
N cuba compare, kawan yg memang tengah pulun wat "kerja"
list siapa paling panjang
Sudahlah…
berhentilah merungut

Teruskan berfikir, buat "kerja dengan IHSAN"
dengan "TERBAIK"
ia memang penat
x dinafikan
tp, kalau kita pujuk hati kita . kita buat kerana Allah
InsyaAllah satu perasaan yg sukar digambarkan akan rasa meresap ke dalam jiwa
InsyaAllah
dan itu adalah ketenangan dan keyakinan dari Allah untuk kita
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui

Dan pos ini sebenarnya untuk awak,,
awak,,
awaklaa…
yang dilahirkan pada 3 Nov 1992
Haaa,,

Awak,,
Sanah Helwah
Kali ni, kali ke 3
Akak wish besday awak
J

Terima kasih Allah kerana menemukan kami
Penuh cabaran pada awalnya
hehe
tapi alhamdulillah,
its become better n better n better
insyaAllah..forever

Dan awak,,,,
Sharing di atas juga untuk awak,
Untuk berada di jalan ini,
Untuk terus berada di jalan ini,
Untuk kekal di jalan ini

Pasti,, pasti,,,
Akan di uji
Dengan keikhlasan,
dengan keredhaan terhadap Dia,
dengan ketenagan jiwa,
pasti
segala-galanya
akan.diuji
tapi awak,
(akak rasa bukanlah layak untuk berkata2 tentang ini
tapi akak tetap mahu berkongsi dengan awak)

Andai ada, ujian melanda,
andai ada ribut yang menggetarkan jiwa
andai ada luka tertoreh
betulkan balik niatmu
ikhlaskan semula hatimu
andai saat itu juga perlu menangis,
menangislah sayangku,
keran itu bukti mujahahmu,
jangan malu untuk mengeluarkan airmata,

ia bukan tanda lemahnya kamu,
bukan juga tanda mengadanya kamu
hanya kamu saja yang mengetahui kenapa airmata itu mengalir
hanya kamu dan DIa,
cukuplah,, cukuplah kamu berdua dengan Dia
Selepas itu, insyaAllah kamu akan tenang,
tenang kerana mujahadahmu,
kerana air matamu, hanya untuk Dia

Kamu yang sangat akak sayangi,,
Sama-sama kita mendoakan,
agar Allah jumpakan kita di perhentian terakhir, iaitu syurga itu nanti
sesuatu yang sangat sukar
tapi ia tidak mustahil
andai kita terus berada di jalan ini

kamu,
teruskan,, teruskan,, teruskan peruangan kamu di bumi itu
bumi yang memerlukan kamu untuk membasahinya dengan sentuhan seorang murobii
sentuhan dakwah dan tarbiyah
andai ada orang cakap mustahil
maka kamulah kena buktikan
ia adalah tidak mustahil
andai segalanya di pohon kekuatan dari Allah
andai segala keputusan di sandarkan pada ALlah
Allah mampu menjadikan sesuatu yang mustahil pada kita seorang manusia, kepada sesuatu yang tidak mustahil
Keran segala Kuasa, segala Kekuatan,segala Kejadian semuanya dari Dia

Awak,,
kalau nak menulis,,
panjang lagi ni,
sangat rindu untuk berbual-bual dengan awak
hanya kita,
rindu.sangat.
terlalu banyak yang mahu di ceritakan
yang mahu di kongsikan

tapi itu mcm xtahu bilanya
mungkin, bila kita dah mati nanti
dan Allah masukkan ke dalam  syurga, insyaAllah
saat itu, kita boleh berbual-bual panjang
kan,,subhanallah
boleh juga pergi melawat umar, abu bakr dan paling penting rasulullah
dan paling teringin kita jumpa Allah sama2…
allahu,,
awak nak kan??
akak pun nak????
tp sebelum tu kita kena fight habis-habisan di bumu ini
bumi sekadar persinggahan
awak,,
terus kuat ya
akwa, kuat
hanya awak tahu betapa kuatnya awak
dan kekuatan awak tu datangnya dari Yang Maha Kuat
doakan akak kuat macam awak juga k, sayang J

Okla,,
akak nak stop
Moga Allah temukan hati kita dalam doa rabithah
(jom baca doa rabitah, n awak bayangkn muka akak :p and yang lain, n I do the same)


Sanah helwah ukhti, uhibbuki fillah jiddan <3


Tuesday, September 18, 2012


melepaskan mereka pergi
ada rasa sebak
sangat ada
saat perpisahan di @Klia
tiada emosi yg mampu di zahirkn
hari ini,
perasaan yg amat merindukan mereka
sangat
T_T
air matatetiba mengalir
kenapa mesti ada perasaan ini
takut andai gugurnya air mata ini bukan kerana Dia
muhasabah diri.betulkan niat
kenapa perlu menangis?
kutemui jawapannya
aku merisaukan tarbiyah mereka disana
itu bukan bermakna aku merasakan mereka hebat ditangan aku
tidah .tidak sama sekali
aku tahu diri aku
aku tahu kemampuan aku
aku tahu aku terlalu banyak kekurangan
namun aku sedih kerana aku tidak mampu memberikan yang terbaik kerana kekurangan aku
aku risau mereka ke sana dan expectation yg tinggi sehingga mereka lelah
aku risau aku salah "menaikkan" mereka...
namun bukankah itu keputusan syura
dan bukan aku yg menaikkan mereka
tapi Allah
Ya ALlah bagi aku kekuatan
Bagi mereka kekuatan,,,
Aku risaukan mereka,,,
aku bimbangkan mereka
aku rindu dengan mereka
rindu ingin bergaduh
rindu bertelagah pendapat...
rindu segala2 memori bersama
Allah...
sampaikan salam sayang dan cinta dariku untuk mereka2 di sana

Kamu,
Kamu di US..
Kamu..
Kamu di Indonesia,
Kamuu..
Kamu di Galway..
Kamu.
Kamu di COrk,
Kamu.
Kamu di OZ to be
dan kamu,,
Kamu yang di Malaysia
kita dekat, tp akak rasa jauh
to be honest, bila bersama kamu, akak sentiasa rasa rendah diri
akak tahu akak xsehebat kakak2 yg pernah membina kamu
akak tahu,
akak x sehebat akak2 lain yg pernah memberi taujihat kepada kamu
tapi,
akak cuba
akak sentiasa cuba untuk bagi yg terbaik
dan kadang2 or mungkin selalu
akak terlepas kata
or tersalah tingkah laku
maaf.maaf dari akak
akak juga sedang perbaiki diri
doakan akak..
akak juga mahu menjadi sehebat akak2 yg hebat lain
akak mahu mencontohi rasulullah dalam akhlak dan dakwahnya
aku tau,,
akak bnyk kekurangan
maafkan akak...

sangat mengharapkan pertemuan selepas ini
sangat.mahu lihat kamu membesar dengan fikrah ISlam yang sepekat2nya
mahu kamu menjadi matang dengan usia tarbiyah dan perjalanan dnt yg sempurna sebolehnya
maafkan akak atas kelemahan akak
maaf...
doakan akak

moga andai tiada pertemuan lagi selepas ini
ketahuilah,,
memori bersama kamu, sentiasa tersimpan dihati
dan insyaAllah doa akak bersama kamu2

moga pertemuan seterusnya adalah di syurga nanti
yang kekal abadi!

kamu tahu, sangat penat utk memastikan diri sentiasa di jalan ini
sangat memerlukan mujahdah utk memastikan niat hny utk DIa
tp itulah mujahadah
kalau kita buat kerana Dia
pasti DIa akan beri kekuatan

Kamu, walau kita bukan lagi naqibah dan anak usrah,
akak nak kamu tahu
akak sentiasa ada di sini,
memerhati kamu dari jauh
dan akan menghulurkan bantuan sedaya termampu utk kamu
walau bila2 saja waktunya
insyaAllah

hanya kepada ALlah dan untuk Allah ~
@PTSL ukm T_T

Thursday, July 19, 2012

Ahlan WasahYa Ramdhan Kareem

Allah..Allah,,,Allah
Hanya ENgkau,
Hanya ENgkau di hati ini
Allah,,,Allah,,Allah
Aku tahu, ada tetamu yang akan datang
tetamu yang terlalu istimewa,
yang perlu di layani dengan sebaiknya
penuh keikhlasan
penuh perasaan
penuh rasa sayang
seolah-olah setiap masa mahu bersamanya
setiap detik mahu menyelami kelebihan
bukan aku saja,
malah semua muslim dilihat sangat bersemngat untuk menyambut tetamu ini

Namun diriku??
Ya,, aku mahu berjumpa kamu
Aku mahu melalui hari2 bersama kamu
Aku mahu menyelami hikmah di sebalik kedatangan kamu
Aku rindu.. rindu..
Rindu dengan rasa:
"Adakah aku sudah buat yang terbaik untukmu"
"Adakah aku berlumba-lumba untuk melayanimu"
"Rasa berdebar2 kerana tidak rela melepaskanmu dengan mneghitung hari pemergiannya"

Aku takut..
Takut sebenarnya
Adakah aku sudah benar2 bersedia utk menyambutmu
Rohaniku, jasmaniku
Sudahkah mereka bersedia

Allah,, Ya Allah...
Aku mahu agar ramdhan ini adalah ramadhan yang terbaik dalam hidupku
Pandu aku Ya Allah,
Berikan aku petunjuk atas apa yang akan berlaku kemudian nanti ya Allah

Astaghfirullah hal a'zim (3x)




mode: aku mahukan ramadhan ini adalah mutalaqku untuk sesuatu yang lebih bermakna dan berharga. InsyaAllAh...

Wednesday, July 11, 2012

Kamu..kamu kuat . tahu?


Dan  tarikh ini
Tarikh yg kurasakan tarikh (09072012) airmataku ku jual denan murah sekali
Bila melihat betapa hebatnya  kesayangan ku itu
Kuat.
Begitu kuat
Betapa redhanya dia
Betapa tawakalnya dia
Allah.
Diriku belajar banyak dari dia
Allah berikan dia yang terbaik
Dan aku pasti Engkau sudah menyediakan sesuatu untuk dia
Dan aku tahu ramainya yang sayangkan dia
Moga dia terus kuat..
Moga kami sama2 tsbat di jalan ini
Temukan kami di syurga ya Allah

Mode: rindu mereka L

Mereka berkumpul di situ..di jalan ini..


Hari ini air mata ini menitis lagi
Menitis bla mendengar cerita kesayangan2ku. Cinta pertamaku
Selepas 9 bulan ditarbiyah di bumi Europe dan di bumi semenyih
Buat pertama kalinya aku berjumpa mereka berada di W***
Melihat mereka aku bersyukur dan berterimakasih pada Dia
Than You Allah kerana menemukan kami di jalan ini lagi
Dan malam td A** cakap dia jumpa S*** dan O*** dekat K****
Mereka berjumpa. Ya mereka berjumpa setelah lama tidak berjumpa
Dan sekali lagi ya. Allah menemukan mereka di jalan ini
Jalan Dakwah dan Tarbiyah
Terima kasih Allah sangant22 kerana masih membenarkan kami berada di jalan yang amat panjang dan penuh onak dan duri ini
Ya Allah andai tiada lagi pertemuan selepas ini,
Temukan kami di syurga Firdaus mu nanti. Amin..Amin .. Amin Ya Rabb

Mode: rindu ansarullah91 & ukhuwah semani trifle n creampuff…namun ku tahu kamu semua sedang berjuang di medan masin2..teruska adikku..teruskan perjuangmu yg tidak mungkin akan berhentilah sehinggalah kita mati.. akak saying kamu2 kerana Allah

P/s: tadi bila A** cakap, saya jumpa adik beradik sy,,huu,,diri ini hny tersyum.. nak juga cakap adik(ukhuwah semanis trifle n creampuff) awak pun ada kat situ.. bukan kembar (ansarullah91) awak je J

Tuesday, May 1, 2012

29 April 2012

Berbulatan gembira dengan kesayangan2ku
Owhh
agak teremo hari tu

"akak saya xde feel nak study"
"akak sy tido for the whole day"
"akak saya susah nak bangu qiyam"
"akak, saya..."
"saya kan akak ...."


kakaknye ...-_-"

aduhaii adik2ku
andai kamu tahu betapa alat itu amat penting
tapi akak tahu dan yakin,
inside your heart
kamu sedang cuba yg terbaik
Akak yakin kamu akan berusaha untuk Islam ini
Kamu tahu,
Akak sayang sangat dengan kamu2
syhhhhhh
jgn bagitau orang,

tp ape lagi g buat saya rasa nak senyum macam ni
^____________________________________________^
one of my kesayangan said

"i want to change my appearance start this holiday"

dia cakap perlahan je
xsemua dengar
saya yg dengar ni rasa nak melompat dan peluk dia kuat2
huhu
akhwat,
doakan dia ya
doakan Allah bagi dia kekuatan
Doakan adik2 saya yang nak exam tu juga
Moga Allah bagi keyakinan, kekuatan dan penjagaanNya

Thursday, March 29, 2012

menangis

saya rasa penat...
x patut kan
kerana janji Allah pasti

saya mahu menangis
xpatutkan...mengada-ngada..
tp...
saya sedih sangat
Ya Allah....

Tuesday, March 6, 2012

Rintihan hamba yang lalu lemah imannya..

Sekali lagi aku tewas
Mengharapkan manusia sekeliling memahami aku
Hanya kekecewaan yang akan mengiringi
Stop f! stop!
Allah sahja di hati mu,,Allah sahaja...
Ya Allah hati ini luka, hati ini terguris
Hati ini sedih~
Inilah yang sering aku takutkan
Bila aku meletakkan harapan pada manusia
Harap manusia faham aku
sebab tu aku tidak mengajar diri untuk mengharap pada orang
sebab akhirnya kecewa
sebab tu Allah cakap letak harapan hanya pada Dia
common f! tolonglah,, Allah jeeee...Allah jeeeee :(
Its hard ya Allah
Its really hard
tolong aku
bagi aku kekuatan
ukhuwah???
aku selalu kecewa kerana ukhuwah
mcm mana ukhuwah tu sumber kekuatan?
aku masih tercari-cari :(
siapa yang sebetul2nya memahami mu
ALLAH...Allah...
Ya Allah,
Ampuni aku
Kasihani aku
Hanya Engkau tempat aku berharap
Maaf Ya Allah
Maaf.....

-hambaMu yang hina dan lemah-

Saturday, March 3, 2012

Badar dan KITA

Badar itu berakhir dengan kemenangan
Gembira? Ya kita gmbira
Pastilah Badar menang berkat dari doa Nabi Muhammad tercinta
Pastilah Badar menang kerana ia terdiri dari 313 orang tentera yang hebat
Pastilah Badar menang kerana ia adalah perang pertama umat Islam
Namun adakah kita melihat dari sisi lain?
Dari sisi….
Betapa Rasulullah menyayangi umatnya sehingga beliau sentiasa berdoa..berdoa dan terus berdoa sehinggakan di dalam buku sirah Muhammad as-sibaei mengatakan Abu Bakar mengatakan:
“Cukuplah Rasulullah. Sesungguhnya Allah akan melaksanakan janjiNya untukmu”
Kalau dalam raheeq makhtum tertulis Rasulullah berdoa sehingga jatuh serban Baginda dan terlihat ketiak Baginda,, betapa Rasulullah sangat menyayangi sahabat Baginda dan betapa Baginda sangat sayangkan Islam ini. Antara doa Baginda:-

“Ya Allah aku menagih janji dan jaminanMu. Ya Allah jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi ini”

Badar menang kerana adanya 313 sahabat yang hebat dan mantap
Tapi pernahkan kita terfikir, bagaiman besarnya pengorbanan Rasulullah sehingga mampu melahirkan sahabat yang hebat ini? Dakwah selama 13 tahun di Mekah telah melahirkan Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Talhah, Abu Ubaidah, Saad bun Muaz dan ramai lagi. 13 tahun..13 tahun..
Bila  teringat betapa hebatnya kesabaran Rasullah dalam membin para sahabat ini menjadi seorang individu muslim yang super duper hebat..
Apabila mengenangkan betapa Rasulullah sanggup berkoraban apa sahaja untuk membentuk peribadi-peribadi yang hebat ini
Merenung ke dalam diri… sedih .. sedih .. kerana terlalu banyak kekurangan ..
Melihat ke dalam diri mutarabbi,,
Sedih kepada mereka..
Betapa diri ini terlalu banyak kekurangan
Sabarku..pengorbanan ku.. kasih sayang ku… sensitivitku..perhatianku…
Dimana hilangnya semua itu …
Maaf…maaf atas kekurangan diri ini

Mahu melahirkan peribadi seperti Umar,
Mana mungkin kalau diri sendiri seperti abu jahal (mungkin x seteruk itu)
Mahu lahirkan peribadi seperti Abu Ubaidah mana mungkin kalau Rasulullah bukan dijadikan contoh teladan sebaik2 murobbi

Subhanallah betapa banyak khilaf dalam diri ini,,
Betapa banyak yang perlu di perbaiki

Dan apabila di kaji di sebalik badar itu, betapa Allah sangat saying hamba-hambaNya. Apabila kemenangan akhirnya, berlaku perebutan harta rampasan perang (anfal). Sehingga para sahabat bertanya Rasulullah bagaimana untuk megagihkan harta rampasan perang ini.

Allah menurunkan ayat 1 surah al-anfal
Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman." (8:1)

Allah langsung tidak menjawab kepada persoalan mereka..tapi Allah menyuruh mereka  bertakwalah kepada Allah(1) dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu (2); dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya (3)
3 perkara ini yang Allah tegur para sahabat. Para sahabat yang hebat..yang mantap.. yang superb.. juga melakukan kesalahan. Sebab mereka juga manusia. Mereka juga dalam fasa pembinaan individu muslim. Hebat bukan Allah. Allah mahu para sahabat menyucikan hati mereka semula kenapa mereka melakukan semua ini? Dan betapa Allah nak stresskan TAQWA KEPADA ALLAH, HUBUNGAN SESAMAMU (UKHUWAH) dan KETAATAN KEPADA ALLAH DAN RASUL sangatlah PENTING.

Kalau kita kaji semula sirah Badar, sahabat pergi ke Mekah dengan sehelai sepinggang. Dan asal tujuan perang badar bukanlah untuk berperang sebenarnya. Mereka banya membuat sekatan dan mahu merampas barang dagangan abu sufian yang pulang berdagang dari Syam ke Mekah. Dan they deserve semua hasil dagangan itu sebab itu semua memang kepunyaan mereka. Harta mereka di Mekah, tapi Abu sufian mengambilnya. Tapi Allah tidak menemukan mereka dengan kafilah abu sufian, tapi allah menemukan mereka dengan kumpulan abu jahal. Yang memang berniat untuk berperang dengan mereka.

Betapa di sini, mindset awal mereka adalah bukan untuk berperang tapi Allah kata tidak, kamu perlu berperang. Kalau dalam surah al-anfal lagi Allah juga ada menegur sahabat yang tidak mahu berperang


Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dan rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya, mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu). Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir, (8:5-7)

Faham je, bila mana mindset para sahabat adalah untuk mendapat hasil barang dagangan abu sufian, mestilah susah nak twist kan. Lagi2 bila mereka semua ni x de preparation pun. Mereka hanya bawa bersama pelepah kurma, pisau kecil dan hanya seekor unta. Tiba-tiba nak suruh pergi perang. Apakah??

Samala dengan kita contohnya: mindset nak fly ke UK/IRE tapi Allah xbagi Allah cakap x, Malaysia yang terbaik,india yang terbaik maka pastilah disitu yang terbaik (contoh je).

Pastu Allah tegur lagi kan dalam ayat tu, ada orang beriman yang x berapa suka seolah-olah mereka melihat kematian. Hmmm,, orang yang beriman ..

Tapi Nampak x apa yang Allah nak cakap sebenarnya…

“Bukan harta rampasan tu yang pennting” tapi  Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir (8:7). INILAH yang PENTING!! Membenarkan yang haq!!! Walau di mana saja. Kalau harta benda yang kamu inginkan, Allah boleh bagi bila2 masa je..tapi Allah nak bersihkan hati para sahabat apa yang penting sebenarnya.. Allah nak para sahbaat melihat jauh.. Allah nak para sahabat buat semua benda hanya keranaNya.. dan  para sahabat.. mereka Berjaya..berjaya mengaharungi ujian dari Allah..

Tapi KITA..

KITA yang masih selesa ini
Masih sedang gelak ketawa dengan mulut yang besar
Masih mampu makan makanan yang sedap2 (baru lepas makan spaghetti)
Adakah pengakhiran kita akan menjadi seperti para sahabat
Adakah kita akan menjadi seperti para sahabat yang hidup dan mati hanya untuk Allah
Adakah kita akan  REDHA dengan segala ketentuan yang akan Allah bagi pada kita…
Adakah kita sudah bersedia???

Ayuh sayangku!sama-sama kita mendidik diri kita agar mempunyai keperibadian seprti sahabat.. REDHA.YAKIN dan USAHA hanya untuk ALLAH.

Sudahkah kita bersedia??
Sayangku, moga Allah benarkan untuk kita berjumpa di syurga nanti dengan usaha kita yang tidak seberapa ini untuk agamaNya T_T
Rindu sangat dengan kamu2..sangat2…harap sangat perasaan itu hadir kembali..:(

Thursday, February 23, 2012

"Awakkk..awak lupa ek kita baru buat tentang perang badar hari tu. YAKIN dan USAHA yang lain biar Allah uruskan"

Adikku, masulah untuk daurah adik2 mereka
Sedih.kecewa.tertanya2.bingnug juga mungkin
Adik2 hanya 8 orang confirm setakat ni
Berbanding sebelum ni 30++ pastilah itu suatu yag luar expectation
Aku tahu dia kecewa
Tapi tidak mengapa, Allah melihat pada usaha
Dan dia perlu belajar,
Dakwwah ini bukan mudah
Bukan sepanjang masa orang akan ikut kita

Namun bukan itu yg mahu aku nukilkan di sini
KEBERGANTUNGAN
kebergantungan kepada Allah
Aku kata pada dia

"Usah peduli apa manusia katakn, yang penting kita tahu kita sudah buat yang terbaik"
"memang fitrah manusia mahukan seseorang untuk comfortkan dia, mahukan seseorang untuk berbicara dengan dia, tapi Allahlah sebaik2 tempat bergantung"

Ya..waktu itu aku sedang drive, baru pulang dari usrah..
dan tika ayat itu aku ucapkan, aku rasa getaran seluruh badanku
KEBERGANTUNGAN 100%  pada Allah
Allah menjawab persoalan aku

Sebenarnya, sebelum aku pergi usrah, aku rasa sedikit tidak best pada usrahmate yg lewat
Usrah stat kul 10?
commonla
orang lain pun adahal lain nak dibuat
Namun aku tahu, dalam perasaan nak marah tu, aku cuba lawan
lawwan, dan lawan
dan ia adalah sangat sakit
sangat sakit T__T
aku menyalahkan diri ku
kenapa mesti ada perasaan macam ini
cuba untuk berhusnuzon
end up dengan aku senyap je sepanjang usrah
mujur naqibah xde hari tu
kami buat usrah sendri

sepanjang tu aku terfikir,
nape aku ada perasaan macam ni
cool la wei!!
huhu
tapi aku x mampu
sebab dlm kepalaku banyak mende yg perlu diselesaikan
study*daurah adik2*adik2*family  dan bagai2la
aku tahu je semua orang ada masalah masing2

waktu tu aku mengharapkan seseorang tny aku
"awak ok ke"
"ada ape yg boleh saya tolong?"
dan aku tahu aku seorang yg garang, mungkin mereka takut untuk bertanya
dan aku juga seorang yg susah untuk bercerita masalah sendri
bagiku cukuplah aku dengan Allah

tp mcm yg aku katakan sebentar tadi,
fitrah manusia memang mahukan seseorang utk bertanya kan dirinya
dan somtimes mgkn utk mula2 seseorang itu tidak mahu bercerita
sebab dia xtahu sejauh mana orang itu betul2 care pasal dia
tnylah ulang2 kali
hmmm

ntah
aku xtahu nape aku tulis perkara nii
mungkin sbb aku terlalu sedih
sedih
kerana kebergantungan aku masih kepada manusia
bukan 100% oada Allah
even itu adalah itu fitrah
waktu suruh adikku yakin dan letakkan kebergantungan pada Allah 100%
serius!!!aku rasa macam kena panah petir
peringatan dari ALLah
Direct
....

p/s: aku juga manusia biasa TAPI aku adalah seorang HAMBA yg mahu sentiasa tunduk dan patuh PADANYA

Dakwah iru cinta kerana itu aku cinta kamu dan mereka

Aku dapat melahirkan kata-kata ini ketika aku pertama kali membawa usrah cinta pertama ku
Aku terlalu mencintai mereka
Ya sangat!!
sangat mencitai
sampai sekarang aku masih merasakan merekalah yg berada dihatiku

Beberapa minggu yg lepas
Allah memberi sedikit goncangan pada diriku
Sejak 6 bulan lepas,
aku lupa akan perasaan ini "Dakwah iru cinta kerana itu aku cinta kamu dan mereka"
Allah menginatkan akau kembali pada ayat itu

Hatiku menangis,
menangis dan terus menangis
Mengapa
Mengapa
Mengapa
Mengapa

Maaf adik2ku atas kekurangan akak
Perasaan rendah diri apabila rasa diri dibandingkan
Perasaan sedih apabila merasakan diri kurang segalanya

Tapi itulah tarbiyah..tarbiyah dari Allah
Kalau mahu dakwah itu gembira sahaja
Bukan dakwah namanya

* xsabar nak reunion (jika Allah izinkan...lot of thing can be happen in 4 months)