26-27 Mac 2011
"Adik-adik akak ada join x daurah adik-adik"
"A** dengan O*** angkat tangan kak. InsyaAllah diorang pergi"
Subhanallah..
Rasa mahu sahaja aku sujud di situ
Meraikan betapa aku bersyukur dengan kesanggupan mereka untuk menjadi kakak2 kepada adik-adik mereka nanti
Allahuakbar.. Hanya Engkau Ya Allah yang membukakan hati-hati mereka
Teringat dialogku dengan seorang akhwat beberapa bulan yang lepas
"Akak bestla, dapat tengok adik-adik akak handle program adik-adik mereka. Saya macam tidak berpeluang je. Adik-adik saya baru sahaj hendak bergerak. Ermmm.."
Alhamdulillah Allah dengar rintihan hato saya. Allah tunaikan permintaan saya.
Sangat gembira bila anak binaan kita bertanyakan
"Kak, saya jadi AJK masakan. Macam mana nak beli barang. Nanti akak bawakan ke atau kami pergi sendiri"
"Kak, ada lcd dengan speaker tak dekat R******. Saya nak book untuk program adik-adik boleh"
Ya Allah betapa waktu itu aku hanya mampu tersenyum lebar..senyum dan terus tersenyum
Andai mereka didepan aku waktu itu, pasti mereka pelik
"Kenapa dengan kak fara tu" ...Huhuhu..mungkin itu yang mereka fikirkan
Adik-adikku sayang,
Ketahuilah itulah perasaan seorang murobbiah apabila melihat mutarabbinya sudah mula mahu bergerak.
Perasaan yang sukar digambarkan
Perasaan yang seperti mahu dikongsi dengan semua orang.
Betapa kamu sedang berusaha untuk menjadi seorang murobbi
Adik-adik sayang,
Andai adik-adik berada ditempat akak
Pasti adik-adik mengalami perkara yang sama
Lagi-lagi ini binaan pertama akak
Akak mengharapkan adik-adik terus tsabat di jalan ini
Banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk terus berada di jalan ini
Jangan mudah kecewa adikku
Kerana Allah pasti menimpakan dirimu dengan pelbagai ujian dan rintangan
Kerana hanya mereka yang benar-benar melakukan dakwah kerana Allah sahaja akan terus berada dijalan ini
Ketahuilah adikku,
Sudah tiba masanya untuk kamu melonjakkan dirimu
Untuk bergerak laju di jalan ini
Sudah tiba masa juga untuk kita berpisah
Dipisahkan oleh benua-benua
Akak harapkan hati-hati kita saling bertautan di setiap doa rabithah kita
InsyaAllah akak tetap akan mengingati antunna kerana Allah menghantar antunna untuk mentarbiyah akak.
Terlalu banyak yang akak belajar dari antunna
Terima kasih Allah
terima kasih adik-adikku sayang
Moga allah temukan kita lagi
Jika bukan di dunia, InsyaAllah di syurga nanti
Akak sayanggggggggg sangat adik-adik akak kerana Allah
Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
