Semalam aku sitting lagi bersama mereka
Melihat wajah mereka
Aku rasa gembira
Mereka begitu naïf
Mereka begitu inginkan sesuatu
Ya Allah sesungguhnya aku sayang mereka
Setiap kali aku berjumpa mereka setiap kali itu aku memerhatikan mereka
Alhamdulillah ukhwah antara mereka sudah terjalin
Thank You Allah kerana memberi mereka merasai manisnya ukhwah itu
Ya Allah aku pohon padaMu
Aku sujud padaMu,
Aku rayu padaMu,
Berilah mereka kefahaman
Berikanlah mereka kekuatan
Untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah dan ibadah itu Ya Allah
Kerana aku mahu kami sama-sama berpimpinan tangan disyurga
Aku terlalu saying mereka Ya Allah
Ya Allah,
Tetapkanlah rasa sayang ini adalah sayang keranaMu
Bukan sayang yang biasa-biasa
Bukan sayang seorang kawan kepada kawannya
Bukan sayang kakak kepada adiknya
Bukan sayang saudara kepada saudaranya
Tapi Ya Allah,
Biarlah sayang ini kerana sayangnya seorang muslim kepada muslim yang lain
Sayang seorang akhwat kepada akhwat yang lain
Kerana jika sayang itu kerana Allah
Pasti ia berkekalan Ya Allah
Allah,
Hanya Engkau tahu gelodak hati ini
Betapa aku sayang mereka
No comments:
Post a Comment