Aku juga manusia
Punya perasaan,
Punya hati,
Namun aku tahu,
Jika sesuatu berlaku,
Segalanya dari Dia
Dan kembalilah kepada Dia
Dan jika sesuatu berlaku,
Aku bertanya pada diriku
"Pasti kamu sudah melakukan sesuatu. Sebab itu Allah tegur kamu"
Hmmm, pantas insyaAllah hatiku tenang kembali
Andai aku penat di jalan ini
Aku berkata pada diriku
"Kamu buat ini kerana apa? Jika kerana Allah pasti kamu tidak rasa penat, harapkan balasan, mahukan perhatian..kerana...kamu terlalu rindukan janji2 Allah tentang syurgaNya dan cita-cita kamu untuk bertemu Dia"
Pantas aku akan merasa bersalah pada diri,
Andai aku ikhlas mengapa aku akan rasa begitu,
Namun aku punya jawapannya..
.... kerana aku juga manusia...
kerana itu aku perlukan Dia
No comments:
Post a Comment